Pemasyhuran Mengisytiharkan Penubuhan Komanwel Australia

Pemasyhuran Mengisytiharkan Penubuhan Komanwel Australia (Proclamation Declaring the Establishment of the Commonwealth) ialah satu perisytiharan diRaja yang dibuat oleh Ratu Victoria pada 17 September 1900 menyekutukan enam buah tanah jajahan British berasingan iaitu New South Wales, Queensland, Australia Selatan, Tasmania, Victoria dan Australia Barat di bawah nama Komanwel Australia. Kuasa untuk menerbitkan pengisytiharan itu telah diberikan oleh Akta Perlembagaan Komanwel Australia 1900, suatu Akta Parlimen United Kingdom, dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 1901.